PRO FORMA KURSUS

15/05/2012 12:46

Pro Forma Kursus

Program Ijazah Sarjanamuda Perguruan Dengan Kepujian (TESL) Pendidikan Rendah Institut Pendidikan Guru KPM

(Tamadun Islam dan Tamadun Asia)

 

 

Nama Kursus

Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)

Islamic and Asian Civilisations

Kod Kursus

WAJ3101

Kredit

2  (2+0)

Jam Kontak

30 jam

Prasyarat

Tiada

Bahasa Pengantar

Bahasa Melayu

Semester

Pertama

Hasil Pembelajaran

  1. Menjelaskan tentang latar belakang kebudayaan, pemikiran dan sejarah kemajuan tamadun bangsa-bangsa di dunia seperti  Tamadun China, India, Jepun dan Islam;
  2. Mewujudkan hubungan mesra dan persefahaman sejagat di kalangan rakyat Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang kaum yang hidup secara harmoni, saling memahami, saling menghormati dan bekerjasama antara satu dengan yang lain;
  3. Mengaplikasikan ilmu pengetahuan dan ketahanan diri yang membolehkan mereka  memahami serta menghadapi pergolakan dunia dan cabaran global semasa;
  4. Mengamalkan prinsip-prinsip Islam Hadhari dalam memantapkan proses pembangunan negara dan mampu menghadapi perkembangan global;
  5. Mempamerkan jati diri Malaysia sebagai sebuah negara majmuk yang mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan dan

6.   Mempamerkan keupayaan refleksi kendiri dengan menjadikan  kejayaan tamadun serta tokoh-tokoh utama yang silam sebagai role-model .

Sinopsis

Kursus ini merupakan satu kursus yang memperkatakan tentang ilmu ketamadunan yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara pelbagai tamadun (Melayu, Cina, India dan Jepun), Islam dalam tamadun Melayu, Pengaruh Tamadun Islam di Asia dan Eropah, Tokoh-tokoh Tamadun Islam,  Isu-isu kontemporari,  Islam Hadhari dan proses pembangunan negara.

 

This course focuses on the Introduction of Civilisation, interaction amongst various civilisations(Malay, Chinese,Indian and Japanese), Islam in the Malay Civilisation, The Influence of the Islamic Civilisation in Asia and Europe, Prominent Figures of the Islamic Civilisation, Contemporary Issues, ‘Islam Hadhari’ and Nation Development Process.

 

 

 

 

Tajuk

Kandungan

Jam

1

Pengenalan Ilmu Ketamadunan dalam Pembinaan tamadun Malaysia:

  • Konsep tamadun
  • definisi
  • ciri 
  • objektif

2

2

Konsep Asas Tamadun Islam

  • definisi
  • Prinsip
  • Sumber
  • Matlamat Tamadun Islam

2

3

Interaksi Antara Pelbagai Tamadun

  • Melayu
  • Cina
  • India
  • Jepun
  • Eropah
    • Nilai-nilai universal antara tamadun
    • Persamaan & perbezaan
    • Contoh-contoh interaksi dalam sejarah (bahasa, kesenian & kesusasteraan)

4

4

Islam Dalam Tamadun Melayu

  • Peranannya dalam pembinaan tamadun Malaysia
  • Teori kedatangan
  • Kesan dan pengaruh Islam dalam Tamadun Melayu
  • Peranan dalam pembinaan Tamadun Malaysia

 

4

5

Tokoh-Tokoh Tamadun Islam Dan Tamadun Asia

  • Tokoh-tokoh Islam
  • Cina
  • India
  • Jepun

 

4

 

6

Interaksi Tamadun Asia dan Relevansinya di Malaysia dan Dunia

 

  • Tamadun Cina dalam pemantapan tamadun Malaysia dan dunia
  • Kekuatan tamadun Cina sebagai sumber rujukan
  • Iktibar dari tamadun India : Pandangan semester dan nilai-nilai yang relevensi kepada Malaysia
  • Sumbangan tamadun Jepun  aspek politik , agama dan pendidikan yang relevensi kepada Malaysia

 

 

 

5

7

Isu-Isu Kontemporari Tamadun Islam Dan Tamadun

Barat

  • Hegemoni Barat & Globalisasi
  • Media
  • Ekonomi
  • Politik
  • Sosial
  • Hak Asasi Manusia
    • Krisis Alam sekitar
    • Persepsi Jihad
    • Etika dalam Sains
    • Kesan perkembangan kontemporari kepada masyarakat dan negara.

4

8

Islam Hadhari Dan Proses Pembangunan Negara

10 Prinsip:

  1. Keimanan dan ketaqwaan kepada Ilahi
  2. Kerajaan yang adil dan beramanah
  3. Rakyat yang berjiwa merdeka
  4. Penguasaan ilmu pengetahuan
  5. Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif
  6. Kehidupan berkualiti
  7. Pembelaan hal kumpulan minoriti dan wanita
  8. Keutuhan budaya dan moral
  9. Pemeliharaan alam semulajadi
  10. Kekuatan pertahanan

5

 

Jumlah

30 jam

 

 

 

Pentaksiran

Kerja-kursus – 100 %

 

  • Kerja Kumpulan: 60%
  • Ujian Akhir Kursus: 40%

 

 Rujukan

Asas

Abd. Alim Abdul Rahim dan Syed Idrus Syed Mohamad. (1995). Tamadun islam. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

 

Abdul Rahman Nawas dan Nawawe Mohamad. (1995). Tamadun islam. Kuala Lumpur. Pustaka Haji Abdul Majid.

 

Esa Khalid, Mohd Azhar Ab Hamid. (2004) Beberapa aspek Tamadun Melayu,India,Cina dan jepun. Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

 

Mahayuddin Hj.Yahya.(1998) Tamadun islam. Shah Alam: Fajar Bakti.

 

 

 

 

 

Rujukan

Tambahan

Abd. Halim El-Muhammady. (1994). Pendidikan islam: peranan dalam pembangunan ummah. Bangi Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timor Tengah.

 

Muhammad Uthman al-Muhammady. (1977). Memahami Islam: insan, ilmu dan kebudayaan. Kota Bharu. Pustaka Aman Press.

 

Mohamad Kamil Ab Majid.(2000).Tajdid perspektif sejarah dan masa kini. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

 

Sidang Pengarang.(2001). Tamadun islam dan tamadun asia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

 

Said Ramadhan al-Buti, (t.tarikh) Manhaj hadharah al-insaniyyah, Kaherah.

 

Wing Tsit Chan, Ismail faruqi, (1990) The great asian religions: An anthropology. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

 

 

 

 

Muaturun format pdf: Pro Forma Kursus tamadun.pdf (90,2 kB)

 

 

 

—————

Back