KERJA KURSUS PROJEK

Adalah menjadi tanggungjawab para pelajar secara individu untuk memuat turun dokumen tugasan sebelum taklimat tugasan disampaikan oleh Penyelaras Mata Pelajaran.

Manakala Ketua Kumpulan pula dikehendaki mememastikan semua pelajar kelasnya menandatangani Borang Akuan Terima Tugasan dan diserahkan kepada Penyelaras Mata Pelajaran setelah ia disempurnakan.

Para pelajar juga dikehendaki melengkapkan Borang Kolaborasi dengan pensyarah. Setiap perbincangan dengan pensyarah hendaklah direkodkan dan ditandatangani oleh pensyarah. Borang yang telah dilengkapkan hendaklah dikepilkan bersama hasilan tugasan sebelum diserahkan kepada pensyarah masing-masing. 


KERJA KURSUS PROJEK

Tugasan 3 KKP (Refleksi)

17/03/2014 10:26

Dokumen Tugasan 3 (Refleksi) KKP untuk kumpulan PISMP Ambilan Januari 2014. Tarikh agihan tugasan pada 1 April 2014 dan tarikh serahan balik tugasan pada atau sebelum 15 April 2014.

Buatlah yang terbaik untuk diri sendiri.

—————

Tugasan KKP TITAS untuk kumpulan PISMP Ambilan Januari 2014

14/02/2014 10:56

Assalamualaikum dan salam sejahtera para pelajar,

Bersama ini saya lampirkan Tugasan Kerja Kursus Projek untuk perhatian dan tindakan anda sekalian. Klik link yang disediakan dan  muaturun dokumen tugasan tersebut. Untuk memantapkan kefahaman anda, sila berbincang dengan pensyarah anda.

Bantuan anda diperlukan untuk mewar=warkan kepada kumpulan lain agar mereka tidak ketinggalan.

Sekian, terima kasih.

—————

KERJA KURSUS PROJEK WAJ 3101 KUMPULAN PISMP

30/01/2013 12:49

Tugasan KKP bagi kursus WAJ 3101 Tamadun Islam dan Tamadun Asia untuk kumpulan PISMP Ambilan Jun 2013. Tarikh mula  ialah 18 Julai dan tarikh hantar ialah pada 29 Ogos 2013. Sila muat turun dokumen tugasan melalui link di bawah:

TUGASAN KKP PISMP GSTT AMBILAN JUN 2013.pdf (251274)

BORANG AKUAN TERIMA TUGASAN TITAS.pdf (399845)

rekod kolaborasi.pdf (99510)

Kerja Kursus Projek bagi kursus WAJ 3101 Tamadun Islam Dan Tamadun Asia untuk kumpulan PISMP Ambilan Januari 2013. Tarikh mula ialah 17 Februari dan Tarikh Serah ialah 14 Mac 2013. Sila muat turun dokumen tugasan dari link di bawah.

TUGASAN KERJA KURSUS PROJEK WAJ 3101 PISMP AMBILAN JANUARI 2013.pdf (226,2 kB)

—————