TUGASAN GANTI KULIAH
Ruangan ini disediakan untuk menyampaikan tugasan bagi memenuhi keperluan mod ganti kuliah yang terganggu kerana menjalankan tugas rasmi di luar kampus, menghadiri kursus atau apa-apa tugas yang diarahkan oleh institut. Para pelajar yang terlibat hendaklah mengambil beberapa langkah perlu untuk menyempurnakan tugasan yang diagihkan.
Langkah-langkah tersebut ialah:
Memuat turun tugasan daripada laman ini.
Menyempurnakan tugasan tersebut sebagaimana kehendak tugasan tersebut.
Semua pelajar hendaklah menandatangani borang akuan menerima tugasan.
Hantar hasil tugasan tersebut melalui mod yang dicadangkan.
KK hendaklah menghantar borang akuan terima tugasan ke bilik pensyarah pada hari kuliah sebenar.
Sekian, terima kasih.