Konsep Tamadun


Ilmu Ketamadunan

Ilmu Ketamadunan

24/07/2012 22:10

Ilmu  Ketamadunan

Nama-nama tamadun

  • Bahasa Melayu : Peradaban, kebudayaan dan kemajuan
  • Bahasa Latin : Civitas, civilis, civis dam civilitas = Civilization. Bererti warganegara, undang-
    undang dan sistem pemerintahan Rom.
  • Bahasa Greek : Kei yang bererti kediaman (rumah) dan sesuatu yang datang kepada kita. Keimelion bererti khazanah atau harta yang disimpan.
  • Bahasa Tamil : Nakarikam, nakar ialah kota dan ikam pula ialah pembentukan bandar.
  • Bahasa Cina : Wen Ming, Ming bererti cerah atau bercahaya. Juga merujuk kepada unsur-unsur material dan spiritual yang muncul daripada pencapaian sejarah perkembangan manusia.
  • Bahasa Arab : Umran (kemakmuran), hadharah (kemajuan), madaniyyat (perbandaran), thaqafah (intelektual) dan tamadun.
  • Bahasa Inggeris: Urbanisation, renaissence, culture dan civilization.

Konsep tamadun

Konsep tamadun yang terdapat dalam Kamus Dewan membawa beberapa maksud, antaranya:

  1. Tamadun: Keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik, dll) yang tinggi, peradaban;
  2. Tamadun: Negara dan penduduknya yang telah mencapai taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik, dll) yang tinggi, peradaban.
  3. Tamadun: Budaya atau cara hidup orang-orang (negara, kawasan atau sesuatu zaman) tertentu, peradaban.
  4. Tamadun:   Mempunyai pemikiran (budaya dan moral) yang halus, berperadaban, beradab: kita mestilah menyelesaikan masalah itu dengan cara yang ~; mentamadunkan menjadikan bertamadun: dalaam proses perkembangan sistem penjajahan Barat, Tanah Melayu mula ditamadunkan; ketamadunan perihal tamadun, (segala-gala) yang berkaitan dangan tamadun: malah drama sendiri merupakan sebagai cermin kepada ~ dan kebijaksanaan sesuatu bangsa.

Kamus Dwibahasa pula menyatakan bahawa civilize bererti memperbaiki tingkahlaku, menjinakkan dan menyelaraskan mengikut keperluan masyarakat. Ia juga bererti keluar dari kehidupan barbarian (primitif) kepada kehidupan yang baik yakni mempunyai kehalusan akal budi dan kesopanan.

Kesimpulannya tamadun membawa maksud keadaan masyarakat yang telah mencapai tahap kemajuan kebendaan, kehalusan moral dan perkembangan pemikiran sama ada dari segi sosial, budaya hidup dan politik yang tinggi.  Konsep tamadun juga boleh dirumuskan sebagai kehidupan kota yang menghasilkan pencapaian yang tinggi di dalam pelbagai aspek kehidupan manusia samada kerohanian atau kebendaan.

Maksud tamadun mengikut pandangan sarjanawan

Arnold Toynbee:

Tamadun ialah suatu sistem masyarakat yang dapat membantu manusia menambah hasil pengeluaran atau produktiviti dan ia mempunyai empat elemen iaitu bahan-bahan ekonomi, sistem politik, pengetahuan dan seni.

J.K. Fiebleman:

Tamadun ialah kepandaian mengeksploitasi material oleh masyarakat. Dengan perkataan lain, proses masyarakat ke atas material dengan sendiri menjadikannya barang baru bagi sesuatu keperluan.

E.B. Taylor:

Tamadun ialah suatu rangkaian rumit yang merangkumi aspek-aspek keilmuan, kepercayaan, kesenian, nilai-nilai moral, perundangan, tradisi, bakat dan kebolehan yang dihasilkan oleh masyarakat.

Oswald Spengler:

Tamadun Barat lebih mementingkan kebendaan, kerana kebendaan itu yang membawa kemajuan.

Will Durant:

Tamadun ialah peraturan masyarakat yang dapat membantu meningkatkan pengeluaran, kebudayaan dan ia merangkumi empat elemen, iaitu somber ekonomi, sistem politik, tradisi moral dan kesenian.

Abu bakar Hamzah (1972):

Tamadun ialah sesuatu yang lahir dan berkembang bersama-sama dengan kehidupan manusia dan perkembangan yang lahir daripadanya, samada sesuatu yang berupa niskala (abstrak) mahupun yang berupa sekala (material).

Wan Hashim Wan The (1997):

Pencapaian tinggi pemikiran ahli masyarakatnya dalam aspek budaya dan kesusasteraan, agama dan moral, pelbagai aspek kesenian, tatsusila iaitu adab, budi pekerti, serta organisasi politik atau kemampuan mewujud dan menguruskan sesebuah kerajaan yang demokratis.

Ibn Khaldun:

Tamadun ialah kemuncak pembangunan yang berkait dengan peningkatan kemewahan, keindahan suasana dan minat kepada pelbagai aspek industri yang boleh mempertingkatkan kualitinya. Ini termasuk keperluan kepada bahan-bahan makanan, pakaian, peralatan rumah tangga dan sebagainya.

Muhammad Rasyid Redha:

Agama adalah asas tamadun. Ini kerana peningkatan unsur maknawi (spiritual) akan mendorong kebangkitan fizikal. Rasionalnya semua tamadun di dunia ini ditegakkan berasaskan kepercayaan agama. Peningkatan atau kemusnahan sesuatu tamadun itu bergantung kepada keteguhan pegangan agama atau sebaliknya.

Sayyid Qutb:

Tamadun Islam ialah segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat seperti sistem sosial, pemerintahan, politik, ekonomi dan kebudayaan yang berteraskan syariat Allah, serta bercirikan nilai-nilai moral Islam.

 

Ciri-ciri asas sesebuah tamadun

 

  1. Penempatan kekal
  2. Kualiti kehidupan
  3. Organisasi sosial yang tersusun
  4. Bahasa dan tulisan
  5. Perundangan
  6. Perkembangan ilmu,
  7. Perkembangan teknologi & reka cipta
  8. Kreativiti
  9. Sistem kepercayaan
  10. Pengkhususan kerja
  11. Perbandaran (Urbanisasi)/ kota
  12. Sistem pemerintahan dan
  13. Perkembangan ekonomi

Faktor kemunculan sesebuah tamadun

 

  1. Kedudukan yang strategik
  2. Pengaruh ajaran agama
  3. Kemajuan ilmu
  4. Penghayatan nilai
  5. Kemajuan teknologi
  6. Persaingan dengan tamadun lain
  7. Kepemimpinan
  8. Semangat kekitaan (Asabiyah)
  9. Hijrah

 

 

Kitaran hayat sesebuah tamadun

 

  1. Kejayaan membanteras penentang
  2. Otokratik terhadap rakyat
  3. Bersenang dengan nikmat kekuasaan
  4. Leka dengan nikmat kedamaian
  5. Pembaziran

Faktor kemerosotan sesebuah tamadun

 

  1. Politik tidak stabil
  2. Kegawatan Ekonomi
  3. Keruntuhan moral
  4. Kejumudan ilmu tanpa ijtihad
  5. Bencana alam
  6. Kemewahan
  7. Individualistik /ego
  8. Penaklukan

—————