Tamadun Islam


Tamadun Islam

Tamadun Islam

24/07/2012 22:13

Tamadun Islam

Maksud tamadun

Tamadun membawa maksud keadaan masyarakat yang telah mencapai tahap kemajuan kebendaan, kehalusan moral dan perkembangan pemikiran sama ada dari segi sosial, budaya hidup dan politik yang tinggi.  Konsep tamadun juga boleh dirumuskan sebagai kehidupan kota yang menghasilkan pencapaian yang tinggi di dalam pelbagai aspek kehidupan manusia samada kerohanian atau kebendaan.

Maksud Islam

Islam bermaksud tunduk, patuh dan berserah diri kepada Allah.

Maksud Tamadun Islam

Tamadun membawa maksud keadaan masyarakat yang telah mencapai tahap kemajuan kebendaan, kehalusan moral dan perkembangan pemikiran sama ada dari segi sosial, budaya hidup dan politik yang tinggi berteraskan kepada kepatuhan kepada perintah Allah dan ajaran-Nya.

Asas Tamadun Islam

  1. Aqidah
  2. Syariah
  3. Akhlak

Matlamat Tamadun Islam

Tamadun Islam mempunyai matlamat yang jelas iaitu:

  1. Memperkukuh hubungan dengan Allah
  2. Mengharmonikan hubungan sesama manusia
  3. Menyempurnakan hubungan dengan alam

Matlamat Tamadun Islam boleh dirumus dalam rajah berikut:

 

Prinsip asas Tamadun Islam

Tamadun Islam dibina di atas dasar umum Maqasid Syariyah yang merangkumi perkara-perkara berikut:

  1. Memelihara akal
  2. Memelihara nyawa
  3. Memelihara marwah
  4. Memelihara harta
  5. Memelihara kebebasan

Sumber Tamadun Islam

  1. Al-Quran
  2. Al-Sunnah
  3. Ijmak
  4. Qias
  5. Penyelidikan

Keistimewaan Tamadun Islam

  1. Rabbani (Ketuhanan)
  2. Fitrah (Natural)
  3. Menyeluruh
  4. Segar
  5. Terbuka
  6. Seimbang
  7. Keupayaan

Penutup

Tamadun yang diasaskan atas dasar agama atau kepercayaan lazimnya akan dapat bertahan lebih lama berbanding dengan tamadun-tamadun yang diasaskan atas dasar lain.  Tamadun hebat yang diasaskan oleh Firaun akhirnya musnah disebabkan keangkuhan dan kezaliman terhadap rakyat.  Firaun telah membina tamadunnya atas dasar kekuatan dan kezaliman. 

—————